BLOG DESIGN

Friday, February 14, 2014

Solat Subuh Awal ;)



Assalamualaikum .
Hemm dah sebulan lebih jadi budak lepasan SPM nihhh
Ya Allah , duduk rumah byk pengaruh . Pengaruh tv , laman sosial .
No more kawan kawan  yg selalu memberi ingatan mcm at taayah dulu
Dah la kan . Tu semua kenangan and satu pengalaman
Sekarang kena byk berdikari and stay strong sendiri .
Bukan sendiri , dengan bantuan Allah . Semakin lama duk rumah
aku semakin terleka . Perkara yg paling aku bermasalah , nak bangun subuh awal .
Astaghfirullahalaziim
Aku dah cuba . Ye , memang terasa bila ayah perli
"Dah 5 tahun duduk taayah , tkkan ex taayah nk bangun subuh kul 6.50 kott"
Aku akui , kat Taayah memang senag nk bangun awal .
Kitorg nk jadi tetamu Allah at surau tu seawal 5.30 pagi pun boleh
Tapi kat rumahhh ... nak kata tilam empuk , ade aircond
cehhh , bila mse tilam tu empuk and bilik aku ade aircond entahh
Aku tak boleh diam jerrrr . Kena usaha . Then doa baru tawakal
Okay , aku terjupa artikel artikel ni
Jom baca , Kalau korang yang same masalah cm aku ni . jom kite cuba berubah dgn tips ni ;)

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.


2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.


3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.


4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.


5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama
 bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.


6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.



7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.


9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

Hemm alhamdulillah . Jom lah kita cuba ke arah lebih baik . Kita ni banyak kelemahan :) Lets move on 
Wallahualam

No comments: